Overview
Pembantu Pentadbiran Jobs in Kangar, Perlis, Malaysia at EPF Malaysia
Title: Pembantu Pentadbiran
Company: EPF Malaysia
Location: Kangar, Perlis, Malaysia
DESKRIPSI TUGAS
Menyediakan sokongan pentadbiran, selain melaksanakan tugas sebagai pemandu dan pembantu am di KWSP Cawangan, bagi memastikan kelancaran operasi harian jabatan, unit atau bahagian yang dipertanggungjawabkan.
SKOP TUGAS
- Bertanggungjawab untuk memandu kenderaan pejabat bagi tujuan rasmi serta membawa pegawai ke lokasi atas urusan kerja harian mengikut arahan.
- Mengikut jadual tugasan yang telah ditetapkan dan mengurus penghantaran surat-surat ke Pejabat Pos setiap hari.
- Membantu dalam penghantaran dokumen atau barangan rasmi di antara cawangan dan lain-lain lokasi.
- Memastikan penyelenggaraan dan jadual servis kenderaan sentiasa dipatuhi serta membuat pemeriksaan rutin sebelum memulakan tugas.
- Sentiasa bersedia menjalankan tugas di luar kawasan dan menerima arahan Pengurusan dari semasa ke semasa.
- Menyelenggara fail dan rekod cawangan dengan teratur serta memastikan dokumen mudah diakses apabila diperlukan.
- Melaksanakan tugas-tugas pentadbiran dan pengurusan dokumen seperti surat-menyurat, laporan dan memo rasmi.
- Mengendalikan interaksi di antara jabatan atau pelanggan secara profesional, termasuk melalui telefon atau bersemuka.
- Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengurusan dari masa ke masa mengikut keperluan.
KEMAHIRAN YANG DIPERLUKAN
- Komunikasi: Mempunyai kemahiran komunikasi bertutur dan menulis yang baik dalam Bahasa Melayu.
- Kerja Berpasukan: Keupayaan bekerja dengan baik dalam satu pasukan serta dapat menjalankan pelbagai tugas dalam tempoh masa yang ditetapkan.
- Pengurusan Masa: Berkemahiran dalam mengatur masa dengan cekap.
- Pengendalian Kenderaan: Memiliki rekod pemanduan yang baik serta mahir mengendalikan kenderaan.
- Kemahiran Komputer: Pengetahuan asas dalam Microsoft Office seperti Word dan Excel.
- Etika Kerja: Berdisiplin, teliti, dan bertanggungjawab dalam menyelesaikan tugas yang diberikan.
SYARAT KELAYAKAN
- Warganegara Malaysia.
- Lulus Bahasa Malaysia dalam peperiksaan SRP/PMR atau kelayakan yang setaraf dengannya.
- Mempunyai sekurang-kurangnya lima (5) tahun pengalaman sebagai pemandu di mana-mana organisasi di Malaysia.
- Memiliki lesen memandu kelas B dan D yang sah.
- Mempunyai rekod pemanduan yang baik dan bebas daripada kesalahan trafik yang serius.
- Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan baik.
PENEMPATAN
KWSP Cawangan Kangar
STATUS PEKERJAAN
Tetap
Semua permohonan adalah SULIT dan hanya calon yang disenaraipendek akan dimaklumkan untuk sesi temu duga. Permohonan adalah dianggap TIDAK BERJAYA sekiranya tiada maklum balas yang diterima daripada KWSPdalam tempoh 2 BULAN selepas daripada tarikh iklan ini ditutup.